Diari Hati Ika

Blog Coretan Peribadi Tentang Sebuah Kehidupan

Tuesday 29 March 2016

SAAT MENGHADAPI MASALAH

Alone? Besendirian? yelah alone,,bersendirian tu kan sama je...


Kadang-kadang kita sering berasa keseorangan walaupun kita masih ada keluarga, rakan-rakan dan guru-guru. Semua itu adalah lumrah dalam kehidupan. Masa kita ada masalah..ditimpa musibah,kita rasa kenapalah aku banyak masalah? banyaknya masalah? ..Siapalah nak tolong aku ni?

Apa kita perlu lakukan ketika menghadapi masalah?

marah-marah?
menangis tak henti-henti?ok.boleh je menangis tap janganlah sampai 7 hari 7 malam...Menangis dalam melegakan perasaan. Betul tak?
Semua manusia ada masalah. Mugkin cara masalah berbeza..boleh jadi masalah kita hampir serupa. Ujian Allah tidak semestinya ketika kita ditimpa musibah.Bukankah kesenangan dan kebahagiaan juga ujian untuk manusia? ujian sejauhmana kita mengingati Allah ketika kita berada dalam keadaan sukar atau senang.

jadi apa yang perlu kita lakukan?

1. Bermuhasabah diri. Mendekatkan diri kepada Allah.


2. Keluarga. Keluarga adalah orang paling rapat dengan kita. Boleh je cerita masalah pada mak ke ayah ke..kakak..abang..adik..

3.. Sahabat? Ya..dalam beratus-ratus atau berpuluh-puluh kawan kita mesti ada sorang kawan yang sudi dengar masalah kita kan?


Jadi,,,janganlah kita rasa kita bersendirian dalam dunia ni. Banyak perkara yang boleh kita buat untuk melupakan masalah untuk seketika..Allah sentiasa ada dan kita tidak sendirian..

oklah untuk coretan kali ni..sekadar perkongsian ilmu..ok,,ok,,mohon smile :)

BERSYUKUR

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan..selamat pagi dunia,,,



Pejam..celik..pejam..celik.. cepatnya masa berlalu. Syukur kita masih lagi bernafas diatas muka bumi ini. Bersyukur kerana masih mampu menghirup udara yang bersih, mata yang masih mampu menatap kehijauan bumi, mendengar kicauan burung...walaupun sekarang ini musim panas. Panas atau hujan ada kelebihan dan kekurangan,,betul tak? Yelah, musim kemarau macamni membolehkan penoreh menoreh, nelayan ke laut menagkap ikan..

Ika harap sebagai manusia kita dapat pelihara bumi dari terus rosak kerana perbuatan manusia..kesian pada bumi kan?